Selasa, 26 Oktober 2010

Ruang Santai


Ruang santai ini disediakan adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna setelah penat membaca dan merehatkan minda pengguna.

Indoor Games

 CATUR

 CONGKAK

 PUZZLE

SAIDINA

Indoor games juga ada disediakan untuk digunakan oleh pengguna. Antara permainan yang disediakan ialah :
  • Congkak
  • Catur
  • Puzzles
  • Saidina

Peraturan Perpustakaan


Semua pengguna perpustakaan perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh perpustakaan. Peraturan-peraturan adalah seperti berikut:
  1. Pengguna tidak dibenarkan makan dan minum dalam perpustakaan
  2. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising
  3. Pengguna perlu berpakaian kemas
  4. Pengguna perlu berkelakuan sopan dan tertib
  5. Pengguna dilarang tidur dalam perpustakaan
  6. Pengguna dilarang mengoyak atau merosakkan buku, majalah dan lain-lain bahan perpustakaan
  7. Pengguna dilarang vandalism

Program Pendidikan Pengguna



Program Pendidikan Pengguna ini telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang sumber-sumber dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. Pengguna yang ingin mengikuti program ini boleh mendaftarkan diri di kaunter sirkulasi.

Kempen Kitar Semula


Kempen kitar semula bahan-bahan terbuang ini telah diadakan pada 21 Oktober 2010. Kempen ini adalah bertujuan untuk mengumpul tabung derma anak-anak yatim.

Koleksi Bahasa Asing



Koleksi Bahasa Asing terdiri daripada :
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Mandarin
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Arab

Koleksi majalah



Pelbagai koleksi majalah juga terdapat di perpustakaan Bestari. Pengguna boleh membaca majalah di ruangan yang disediakan di perpustakaan ini.

WIFI



Kemudahan WIFI disediakan untuk pengguna perpustakaan. Pengguna hanyalah perlu menggunakan komputer riba atau notebook sendiri untuk mengguna kemudahan WIFI di perpustakaan.