Sabtu, 9 Oktober 2010

MESIN PENCETAK


Kemudahan mesin pencetak juga ada disediakan di perpustakaan ini. Para pengguna boleh menggunakan kemudahan ini dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan iaitu 20 sen untuk satu muka surat bercetak. Mesin pencentek ini terletak berdekatan kaunter pinjaman dan pemulangan. Kakitangan yang bertugas akan membantu pengguna untuk proses pencetakan.

PAMERAN BUKU



Pameran buku juga telah diadakan di ruang legar perpustakaan. Terdapat 3 pembekal buku yang sedia untuk mengadakan pameran. Setiap pembekal telah mempamerkan 100 - 300 buah buku dan dijual kepada pengunjung yang ingin memiliki setiap buku tersebut.

RUANG BACAAN KANAK-KANAK




Perpustakaan Bestari telah menyediakan ruang bacaan untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Ini adalah bertujuan untuk keselesaan kepada kanak-kanak. Ruangan kanak-kanak ini menyediakan koleksi yang menarik dalam pelbagai bahasa di antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Cina.