Khamis, 14 Oktober 2010

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN BESTARI

  • Membangun, memelihara dan menguruskan koleksi untuk pembelajaran dan pengetahuan masyarakat
  • Menanam minat membaca di kalangan masyarakat
  • Menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu dan maklumat terkini
  • Menyediakan koleksi-koleksi terkini untuk rujukan masyarakat

HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN



Hari terbuka Perpustakaan Bestari diadakan setiap hari Sabtu awal bulan. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai perpustakaan. Hari terbuka ini sememangnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung sekitar. Bilangan pengunjung juga semakin meningkat dari semasa ke semasa kerana pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna perpustakaan.