Jumaat, 8 Oktober 2010

KELAB MEMBACA BESTARI

Kelab Membaca Bestari terbuka kepada semua pengguna perpustakaan. Kelab ini menawarkan pelbagai manfaat kepada peserta seperti pertandingan membaca dan mengeja, dan pelbagai aktiviti menarik seperti forum, diskusi, sesi bercerita dan sebagainya. Kumpulan sasar utama kelab ini ialah golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak.Tujuan utama ialah untuk menggalakkan amalan membaca dan melahirkan masyarakat yang gemar membaca. Pengguna yang ingin berdaftar sebagai peserta boleh terus datang ke perpustakaan untuk maklumat lanjut.

KOLEKSI





Koleksi Am
Pelbagai koleksi Am disediakan di perpustakaan untuk pinjaman dan bacaan pengguna. Koleksi ini bertujuan untuk menambah dan berkongsi maklumat antara pengguna.

Koleksi Rujukan
Perpustakaan Bestari juga menyediakan koleksi rujukan seperti ensiklopedia dan kamus untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Koleksi Kanak-Kanak
Pelbagai himpunan koleksi buku yang menarik dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak terdapat di perpustakaan ini. Ianya terdapat di dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta di dalam bentuk fiksyen dan bukan fiksyen seperti ensiklopedia dan tokoh sejarah.

Koleksi Majalah
Koleksi Majalah juga disediakan di perpustakaan ini untuk pengguna. Koleksi ini bertujuan untuk bacaan ringan untuk pengguna seperti Majalah Wanita, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Anjung Seri dan Majalah Keluarga.

PAMERAN KANSER







PAMERAN KANSER

Tempat  : Ruang Legar Perpustakaan Bestari
Tarikh   : 4 & 5 Oktober 2010
Jam       : 9.00 pg - 5.00 ptg

Pameran ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua orang tentang penyakit kanser yang menjadi pembunuh selepas penyakit jantung. Kanser penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benigna(bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser).