Isnin, 25 Oktober 2010

Koleksi Kanak-Kanak




Pelbagai koleksi buku kanak-kanak ada disediakan di perpustakaan ini. Ia terdiri daripada :
  • Buku cerita
  • Atlas
  • Fiksyen Sains
  • Ensaiklopedia
  • Giant book
  • Pocket Book Story

Koleksi Multimedia



Koleksi multimedia ini terdiri daripada CD-Rom, pita video, kaset, slaid dan DVD. Pengguna dibenarkan untuk meminjam koleksi ini selama 1 minggu sahaja.

Bilik Perbincangan



Perpustakaan juga menyediakan bilik perbincangan untuk kemudahan pengguna perpustakaan. Bilik ini boleh ditempah di kaunter dan boleh digunakan selama 2 jam sahaja. Selepas dua jam pengguna dibenarkan untuk memperbaharui tempoh selama 1 jam sahaja. Hanya 3 - 5  orang pengguna sahaja dibenarkan menggunakan bilik perbincangan dalam satu-satu masa.

Kemudahan Parkir




Perpustakaan juga menyediakan kemudahan parkir kenderaan pengguna. Tempat parkir ini hanyalah bersebelahan dengan perpustakaan.

Koleksi Khas



Koleksi khas juga disediakan di perpustakaan ini. Koleksi Khas terdiri daripada:
  • Laporan Tahunan
  • Statistik
  • Malaysiana
  • Koleksi peribadi

Kelab Perpustakaan

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan kekeluargaan antara pengguna dengan warga perpustakaan

Kaunter Sirkulasi


Terdapat juga kemudahan kaunter sirkulasi di perpustakaan ini.