- Membuat pinjaman 3 buah buku dalam satu masa
- Tempoh pinjaman adalah selama 2 minggu sahaja
- Pengguna boleh membuat pembaharuan pinjaman di kaunter perpustakaan 1 kali sahaja
- Pengguna bertanggungjawab ke atas bahan yang dipinjam
- Denda akan dikenakan sebanyak 10 sen sehari
Rabu, 27 Oktober 2010
Pinjaman / Pemulangan
Pengguna hanya dibenarkan :
Selasa, 26 Oktober 2010
Ruang Santai
Ruang santai ini disediakan adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna setelah penat membaca dan merehatkan minda pengguna.
Indoor Games
CATUR
CONGKAK
PUZZLE
SAIDINA
Indoor games juga ada disediakan untuk digunakan oleh pengguna. Antara permainan yang disediakan ialah :
- Congkak
- Catur
- Puzzles
- Saidina
Peraturan Perpustakaan
Semua pengguna perpustakaan perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh perpustakaan. Peraturan-peraturan adalah seperti berikut:
- Pengguna tidak dibenarkan makan dan minum dalam perpustakaan
- Pengguna tidak dibenarkan membuat bising
- Pengguna perlu berpakaian kemas
- Pengguna perlu berkelakuan sopan dan tertib
- Pengguna dilarang tidur dalam perpustakaan
- Pengguna dilarang mengoyak atau merosakkan buku, majalah dan lain-lain bahan perpustakaan
- Pengguna dilarang vandalism
Program Pendidikan Pengguna
Program Pendidikan Pengguna ini telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang sumber-sumber dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. Pengguna yang ingin mengikuti program ini boleh mendaftarkan diri di kaunter sirkulasi.
Kempen Kitar Semula
Kempen kitar semula bahan-bahan terbuang ini telah diadakan pada 21 Oktober 2010. Kempen ini adalah bertujuan untuk mengumpul tabung derma anak-anak yatim.
Koleksi Bahasa Asing
Koleksi Bahasa Asing terdiri daripada :
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Mandarin
- Bahasa Perancis
- Bahasa Jepun
- Bahasa Arab
Koleksi majalah
Pelbagai koleksi majalah juga terdapat di perpustakaan Bestari. Pengguna boleh membaca majalah di ruangan yang disediakan di perpustakaan ini.
WIFI
Kemudahan WIFI disediakan untuk pengguna perpustakaan. Pengguna hanyalah perlu menggunakan komputer riba atau notebook sendiri untuk mengguna kemudahan WIFI di perpustakaan.
Isnin, 25 Oktober 2010
Koleksi Kanak-Kanak
Pelbagai koleksi buku kanak-kanak ada disediakan di perpustakaan ini. Ia terdiri daripada :
- Buku cerita
- Atlas
- Fiksyen Sains
- Ensaiklopedia
- Giant book
- Pocket Book Story
Koleksi Multimedia
Koleksi multimedia ini terdiri daripada CD-Rom, pita video, kaset, slaid dan DVD. Pengguna dibenarkan untuk meminjam koleksi ini selama 1 minggu sahaja.
Bilik Perbincangan
Perpustakaan juga menyediakan bilik perbincangan untuk kemudahan pengguna perpustakaan. Bilik ini boleh ditempah di kaunter dan boleh digunakan selama 2 jam sahaja. Selepas dua jam pengguna dibenarkan untuk memperbaharui tempoh selama 1 jam sahaja. Hanya 3 - 5 orang pengguna sahaja dibenarkan menggunakan bilik perbincangan dalam satu-satu masa.
Kemudahan Parkir
Perpustakaan juga menyediakan kemudahan parkir kenderaan pengguna. Tempat parkir ini hanyalah bersebelahan dengan perpustakaan.
Koleksi Khas
Koleksi khas juga disediakan di perpustakaan ini. Koleksi Khas terdiri daripada:
- Laporan Tahunan
- Statistik
- Malaysiana
- Koleksi peribadi
Kelab Perpustakaan
Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan kekeluargaan antara pengguna dengan warga perpustakaan
Ahad, 24 Oktober 2010
Khamis, 14 Oktober 2010
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN BESTARI
- Membangun, memelihara dan menguruskan koleksi untuk pembelajaran dan pengetahuan masyarakat
- Menanam minat membaca di kalangan masyarakat
- Menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu dan maklumat terkini
- Menyediakan koleksi-koleksi terkini untuk rujukan masyarakat
HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN
Hari terbuka Perpustakaan Bestari diadakan setiap hari Sabtu awal bulan. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai perpustakaan. Hari terbuka ini sememangnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung sekitar. Bilangan pengunjung juga semakin meningkat dari semasa ke semasa kerana pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna perpustakaan.
Isnin, 11 Oktober 2010
SENARAI BUKU-BUKU BARU
1. Menjadi Pemimpin Super
Farid Poniman
2. Transformasi Fikq Semasa
Mahmood Zuhdi
3. Peristiwa Bersejarah Ramadhan
Zamri Zainal Abidin
4. Sains Pemikiran dan Etika
Mardzelah Makhsin
5. Berfikir Cara Trump
Nazri Kadir
6. Pelanggan Setia
Md Ali Berahim
7. Tip Belajar sedikit Dapat Banyak
Mohd Razali Kamarudin
8. Panduan Pemakanan Sihat
Nor Hairul Palal [et. al.].
9. Senangnya Masak Ayam
Chef Hanieliza
10. Senangnya Memasak....Kuih Kukus
Chef Hanieliza
11. 101 Akhlak Rasulullah
Rohayati Bakri
12. Didik anak Jadi Pintar
Rohani Syeikh Omar
13. Kamus Simpulan Bahasa
Ainon Mohd
14. 7000 Mutiara Kata
Jeniri Amir
15. Kamus Peribahasa Kontemporari
Ainon Mohd
Farid Poniman
2. Transformasi Fikq Semasa
Mahmood Zuhdi
3. Peristiwa Bersejarah Ramadhan
Zamri Zainal Abidin
4. Sains Pemikiran dan Etika
Mardzelah Makhsin
5. Berfikir Cara Trump
Nazri Kadir
6. Pelanggan Setia
Md Ali Berahim
7. Tip Belajar sedikit Dapat Banyak
Mohd Razali Kamarudin
8. Panduan Pemakanan Sihat
Nor Hairul Palal [et. al.].
9. Senangnya Masak Ayam
Chef Hanieliza
10. Senangnya Memasak....Kuih Kukus
Chef Hanieliza
11. 101 Akhlak Rasulullah
Rohayati Bakri
12. Didik anak Jadi Pintar
Rohani Syeikh Omar
13. Kamus Simpulan Bahasa
Ainon Mohd
14. 7000 Mutiara Kata
Jeniri Amir
15. Kamus Peribahasa Kontemporari
Ainon Mohd
Sabtu, 9 Oktober 2010
MESIN PENCETAK
Kemudahan mesin pencetak juga ada disediakan di perpustakaan ini. Para pengguna boleh menggunakan kemudahan ini dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan iaitu 20 sen untuk satu muka surat bercetak. Mesin pencentek ini terletak berdekatan kaunter pinjaman dan pemulangan. Kakitangan yang bertugas akan membantu pengguna untuk proses pencetakan.
PAMERAN BUKU
Pameran buku juga telah diadakan di ruang legar perpustakaan. Terdapat 3 pembekal buku yang sedia untuk mengadakan pameran. Setiap pembekal telah mempamerkan 100 - 300 buah buku dan dijual kepada pengunjung yang ingin memiliki setiap buku tersebut.
RUANG BACAAN KANAK-KANAK
Perpustakaan Bestari telah menyediakan ruang bacaan untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Ini adalah bertujuan untuk keselesaan kepada kanak-kanak. Ruangan kanak-kanak ini menyediakan koleksi yang menarik dalam pelbagai bahasa di antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Cina.
Jumaat, 8 Oktober 2010
KELAB MEMBACA BESTARI
Kelab Membaca Bestari terbuka kepada semua pengguna perpustakaan. Kelab ini menawarkan pelbagai manfaat kepada peserta seperti pertandingan membaca dan mengeja, dan pelbagai aktiviti menarik seperti forum, diskusi, sesi bercerita dan sebagainya. Kumpulan sasar utama kelab ini ialah golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak.Tujuan utama ialah untuk menggalakkan amalan membaca dan melahirkan masyarakat yang gemar membaca. Pengguna yang ingin berdaftar sebagai peserta boleh terus datang ke perpustakaan untuk maklumat lanjut.
KOLEKSI
Koleksi Am
Pelbagai koleksi Am disediakan di perpustakaan untuk pinjaman dan bacaan pengguna. Koleksi ini bertujuan untuk menambah dan berkongsi maklumat antara pengguna.
Koleksi Rujukan
Perpustakaan Bestari juga menyediakan koleksi rujukan seperti ensiklopedia dan kamus untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Koleksi Kanak-Kanak
Pelbagai himpunan koleksi buku yang menarik dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak terdapat di perpustakaan ini. Ianya terdapat di dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta di dalam bentuk fiksyen dan bukan fiksyen seperti ensiklopedia dan tokoh sejarah.
Koleksi Majalah
Koleksi Majalah juga disediakan di perpustakaan ini untuk pengguna. Koleksi ini bertujuan untuk bacaan ringan untuk pengguna seperti Majalah Wanita, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Anjung Seri dan Majalah Keluarga.
PAMERAN KANSER
PAMERAN KANSER
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Bestari
Tarikh : 4 & 5 Oktober 2010
Jam : 9.00 pg - 5.00 ptg
Pameran ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua orang tentang penyakit kanser yang menjadi pembunuh selepas penyakit jantung. Kanser penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benigna(bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser).
Langgan:
Catatan (Atom)